Pensil
kayu diketuk-ketuk. Tak sabar rasanya nak meluahkan apa yang penuh dikepalanya.
Jam ditangan dikerling. Ada lagi 45 minit. Di tingkat enam ini memang tidak
ramai orang. Kedudukan meja yang tersorok berhampiran stor penyimpan buku-buku
rosak menjadi tempat strategiknya selama ini. Berjumpa dengan tempat ini pun satu kebetulan. Tika itu dia mahu
menyorok kalau boleh mahu hilang terus dari University Bobcat itu.
Tingkat 6 Alden Library |
Dahulu
dia selalu meluangkan masa di tingkat satu South East Asia Department, tempat
kebanyakkan pelajar-pelajar Malaysia berkumpul. Di sana mereka bertukar-tukar
cerita dan meng’update’ berita dari Malaysia yang membuatkan mereka terasa
bagai di Negara sendiri. Tidak ketinggalan juga tempat mereka mencari pasangan.
Ha ha… Bukti yang terdekat. Sudin dan Farhana. Elisa menjadi bodyguard tak
rasmi setiap kali Sudin dan Farhana belajar di tingkat satu itu. Tetapi
memandangkan Sudin dan Farhana mengambil kelas yang sama, Elisa sering
ditinggalkan keseorangan. Di situlah dia mengenali Aris kerana kebetulan ‘gap’
mereka sama walaupun bidang pengajian mereka berbeza.
Namun
akibat malu atau lebih tepat lagi perasan. Mungkin kerana dia tiada pengalaman
dan mungkin kerana jauh dari keluarga dan tiada rujukan. Elisa tidak lagi mahu
menjejakkan kaki ke tingkat satu Alden Library.
“You
percaya ke Aris suka kat you.” Norma tersenyum sinis. Dia hanya memeluk fail
plastic yang berisi nota-notanya tanpa berkata apa-apa. Malu berhadapan dengan
Norma, pelajar senior tahun akhir bidang kejuruteraan awam. Bertubuh tinggi
lampai dan berperwatakan cantik dan menarik.
“Kesian
la dengan you ni Elisa.” Norma akhirnya berlalu selepas menepuk-nepuk lembut
dibahunya. Norma melangkah anggun, rambutnya yang ikal melepasi bahu beralun
bersama langkahnya.
Apa
yang dia lihat selepas itu membuatkan dia terfikir semula kata-kata Norma. Aris
tertawa riang bersama rakannya di hadapan Baker Center tempat dimana kebiasaan
pelajar bermain bowling. Berbual tanpa menghiraukan orang lain. Gelak, merokok
dan disampingnya pelajar perempuan.
Anak
Tan Sri Murad, satu-satunya pelajar Malaysia yang mempunyai kereta sport
Lamborgini di sini.
Baker Center |
Norma
sebenarnya temanwanita Aris, gadis persis model syampoo itu bukanlah jenis yang
suka melenting kerana dia tahu Aris memang suka berkawan. Mungkin kerana
simpati melihat gadis-gadis yang tersalah erti dengan layanan Aris maka Norma
menasihatkan. Mereka berdua memang sepadan. Anggun dan kacak. Pada pandangannya
Norma mempunyai pakej lengkap berbanding dirinya. Mana mungkin dia dapat
menandingi Norma.
Benar
agaknya hanya Elisa yang perasan apabila dilayan baik oleh Aris. Hakikatnya
Aris memang melayan baik semua orang. Dia yang salah mengertikan layanan Aris.
Semenjak
itu dirasakan senyum orang disekeliling seolah mengejeknya. Segala percakapan
orang seolah menyindirnya. Akhirnya membawa dia ke tingkat enam bangunan Alden
Library ini.
Kreekkkk…
Bunyi
tarikan kerusi dari meja berdekatan menghentikan lamunan. Jam ditangan dilihat
lagi.
‘Baik
aku pergi awal nak rebut seat depan dewan. Tak ada lah mengelabah tengok orang
lain dah sudah dulu.’ Nota-nota yang bersepah diatas meja dimasukkan semula ke
dalam fail. Beg sandang hitam yang lusuh disangkut dibahu kiri.
Tidak
jauh pun jarak diantara Alden Library dengan Bently Hall tempat dimana akan
diadakan peperiksaan untuk subjek ECON 320. Memang masih berbaki 15 minit. Diminggu
peperiksaan ini akan kelihatan pelajar dimana-mana saja untuk mentelaah. Waktu musim luruh begini tentunya warga kulit
putih selesa untuk bersantai di Collage Green. Tanpa menghiraukan mereka, dia
menapak diatas jalan bata merah yang tersusun menghala Bently Hall.
Dijenguknya
ke dalam mini theater itu. Ada beberapa pelajar yang masih bertungkus lumus
untuk menjawab soalan. Dia duduk bersandar ditepi dinding sementara menunggu
tamatnya waktu.
“Hey
Elisa, ready for the paper?” Mike, pelajar sekelasnya menegur mesra seperti
biasa. Sering juga notanya menjadi mangsa fotokopi pemuda rakyat Amerika itu.
“InsyAllah,
am still trying to remember the formula.” Elisa bangkit dari duduknya. Sakit
kepala pabila bercakap dengan rakan sekelas yang majoritinya tinggi tinggi
belaka.
“Yeah
me too. Hope I can pass this paper.” Keluh Mike.
‘hai
mat saleh ni bab-bab mengira memang lah bukan bidang dia. Cuba bagi subjek yang
membaca. Huhuhu.. dah bahasa dia.. kacang je le.’ Elisa tersengeh mengomel
sendiri.
“You
can do it Mike!”
Kringgggggg!
Ha!
Inilah kelebihannya bangunan lama, masih mengekalkan loceng ‘jerit’ sebagai
penanda habis waktu. Bingit ada, terkejut pun ada. Terasa macam di sekolah
menengah pun ada. Adohai! Elisa mengurut dadanya disebalik kemeja longgar yang
disarung bersama baju t.
Pintu
mini theater dibuka dari dalam. Pelajar-pelajar yang keluar berbagai reaksi.
Ada yang mengeluh ada yang menarik nafas lega. Tak kurang juga yang bersahaja.
Tiada
seorang pun pelajar Malaysia yang mengambil peperiksaan kelas itu. Memandangkan
hanya beberapa orang sahaja yang mengambil kursus sama dengannya dan mereka
mahu mengambilnya sesi musim sejuk. Farhana, Nafisah, Sudin dan Manaf.
Elisa
mengambil tempat dibarisan hadapan. Dewan mini itu semakin dipenuhi. Hanya 4
orang yang duduk sebaris dengannya. Kebanyakan mereka lebih suka duduk di
tengah dan belakang dewan bahagian atas.
“You
may begin now.” Arahan Pensyarah berketurunan india itu jelas.
Kertas
berwarna biru dibuka satu persatu. Membaca sekali imbas setiap soalan. Kemudian
kembali semula di muka pertama. Dengan lafaz bismillah dia memulakan.
Setelah
puas beberapa kali membelek jawapan, kertas dihulurkan kepada pensyarah yang berdiri
dekat dihadapannya. Kedengaran beberapa suara mengeluh berbunyi tidak
dihiraukan.
‘Alhamdulillah,
boleh balik rumah. Tidur.’ Senyumnya lalu menolak pintu dewan untuk keluar.
“What
Elis! Dah sudah?” Suara kak Izzatun dimuka pintu mengejutkannya.
“Eh!
Kak, akak ada paper kat sini ke?” Setahu
aku, kak izza dah lepas subjek ni.
“Oh..
hehe.. nak baiki grade. Jangan heboh-heboh tau akak repeat paper. Eh! Macam
mana? Senang ke? Cepatnya Elis keluar.”
“Mana
ada cepat kak.. boleh tahan susah jugak.”
“Cuba
Elis tengok jam.”
‘errr…
20 minit lagi. Hehehe.. sengeh.’
“Eh!
Bagi la hint.. apa yang keluar. Hint je.. jangan bagi soklan.”
“Semua
formula yang Mrs Shan bagi keluar. Apply pada semua soalan.” Elisa ingin membantu…
“Aaaa..
errrr ok ok.. terima kasih. Tu nak kemana tu? Bertapa lagi ke?”
“Balik
la kak. Tidur!” Hehehe.. dah lali dah telinga ni dek sindiran.
Kak
Izzatun mengangguk dan kelam kabut membuka beg sandangnya lalu mengeluarkan
buku nota. Aik! Tak kan baru nak hafal?!!
“Ok
kak goodluck. Saya balik dulu.”
“aa
ok ok.”
Apa-apa
pun singgah Perk baru jumpa pakcik John.
Elisa
melangkah keluar dari pintu utama bangunan Bently melepaskan nafas lega seraya
melangkahkan kaki menuju Court Street. Tanpa sedar dia diekori.