Tuesday, July 17, 2012

Bab 1 - Daun Maple musim Luruh.


Pensil kayu diketuk-ketuk. Tak sabar rasanya nak meluahkan apa yang penuh dikepalanya. Jam ditangan dikerling. Ada lagi 45 minit. Di tingkat enam ini memang tidak ramai orang. Kedudukan meja yang tersorok berhampiran stor penyimpan buku-buku rosak menjadi tempat strategiknya selama ini. Berjumpa dengan tempat  ini pun satu kebetulan. Tika itu dia mahu menyorok kalau boleh mahu hilang terus dari University Bobcat itu.

Tingkat 6 Alden Library

  Dahulu dia selalu meluangkan masa di tingkat satu South East Asia Department, tempat kebanyakkan pelajar-pelajar Malaysia berkumpul. Di sana mereka bertukar-tukar cerita dan meng’update’ berita dari Malaysia yang membuatkan mereka terasa bagai di Negara sendiri. Tidak ketinggalan juga tempat mereka mencari pasangan. Ha ha… Bukti yang terdekat. Sudin dan Farhana. Elisa menjadi bodyguard tak rasmi setiap kali Sudin dan Farhana belajar di tingkat satu itu. Tetapi memandangkan Sudin dan Farhana mengambil kelas yang sama, Elisa sering ditinggalkan keseorangan. Di situlah dia mengenali Aris kerana kebetulan ‘gap’ mereka sama walaupun bidang pengajian mereka berbeza.

Namun akibat malu atau lebih tepat lagi perasan. Mungkin kerana dia tiada pengalaman dan mungkin kerana jauh dari keluarga dan tiada rujukan. Elisa tidak lagi mahu menjejakkan kaki ke tingkat satu Alden Library.

“You percaya ke Aris suka kat you.” Norma tersenyum sinis. Dia hanya memeluk fail plastic yang berisi nota-notanya tanpa berkata apa-apa. Malu berhadapan dengan Norma, pelajar senior tahun akhir bidang kejuruteraan awam. Bertubuh tinggi lampai dan berperwatakan cantik dan menarik.

“Kesian la dengan you ni Elisa.” Norma akhirnya berlalu selepas menepuk-nepuk lembut dibahunya. Norma melangkah anggun, rambutnya yang ikal melepasi bahu beralun bersama langkahnya.

Apa yang dia lihat selepas itu membuatkan dia terfikir semula kata-kata Norma. Aris tertawa riang bersama rakannya di hadapan Baker Center tempat dimana kebiasaan pelajar bermain bowling. Berbual tanpa menghiraukan orang lain. Gelak, merokok dan disampingnya pelajar perempuan.
Anak Tan Sri Murad, satu-satunya pelajar Malaysia yang mempunyai kereta sport Lamborgini di sini.

Baker Center

Norma sebenarnya temanwanita Aris, gadis persis model syampoo itu bukanlah jenis yang suka melenting kerana dia tahu Aris memang suka berkawan. Mungkin kerana simpati melihat gadis-gadis yang tersalah erti dengan layanan Aris maka Norma menasihatkan. Mereka berdua memang sepadan. Anggun dan kacak. Pada pandangannya Norma mempunyai pakej lengkap berbanding dirinya. Mana mungkin dia dapat menandingi Norma.

Benar agaknya hanya Elisa yang perasan apabila dilayan baik oleh Aris. Hakikatnya Aris memang melayan baik semua orang. Dia yang salah mengertikan layanan Aris.
Semenjak itu dirasakan senyum orang disekeliling seolah mengejeknya. Segala percakapan orang seolah menyindirnya. Akhirnya membawa dia ke tingkat enam bangunan Alden Library ini.

Kreekkkk…

Bunyi tarikan kerusi dari meja berdekatan menghentikan lamunan. Jam ditangan dilihat lagi.

‘Baik aku pergi awal nak rebut seat depan dewan. Tak ada lah mengelabah tengok orang lain dah sudah dulu.’ Nota-nota yang bersepah diatas meja dimasukkan semula ke dalam fail. Beg sandang hitam yang lusuh disangkut dibahu kiri.

Tidak jauh pun jarak diantara Alden Library dengan Bently Hall tempat dimana akan diadakan peperiksaan untuk subjek ECON 320. Memang masih berbaki 15 minit. Diminggu peperiksaan ini akan kelihatan pelajar dimana-mana saja untuk mentelaah.  Waktu musim luruh begini tentunya warga kulit putih selesa untuk bersantai di Collage Green. Tanpa menghiraukan mereka, dia menapak diatas jalan bata merah yang tersusun menghala Bently Hall.

Dijenguknya ke dalam mini theater itu. Ada beberapa pelajar yang masih bertungkus lumus untuk menjawab soalan. Dia duduk bersandar ditepi dinding sementara menunggu tamatnya waktu. 

“Hey Elisa, ready for the paper?” Mike, pelajar sekelasnya menegur mesra seperti biasa. Sering juga notanya menjadi mangsa fotokopi pemuda rakyat Amerika itu.

“InsyAllah, am still trying to remember the formula.” Elisa bangkit dari duduknya. Sakit kepala pabila bercakap dengan rakan sekelas yang majoritinya tinggi tinggi belaka.

“Yeah me too. Hope I can pass this paper.” Keluh Mike.

‘hai mat saleh ni bab-bab mengira memang lah bukan bidang dia. Cuba bagi subjek yang membaca. Huhuhu.. dah bahasa dia.. kacang je le.’ Elisa tersengeh mengomel sendiri.

“You can do it Mike!”

Kringgggggg!

Ha! Inilah kelebihannya bangunan lama, masih mengekalkan loceng ‘jerit’ sebagai penanda habis waktu. Bingit ada, terkejut pun ada. Terasa macam di sekolah menengah pun ada. Adohai! Elisa mengurut dadanya disebalik kemeja longgar yang disarung bersama baju t.

Pintu mini theater dibuka dari dalam. Pelajar-pelajar yang keluar berbagai reaksi. Ada yang mengeluh ada yang menarik nafas lega. Tak kurang juga yang bersahaja.

Tiada seorang pun pelajar Malaysia yang mengambil peperiksaan kelas itu. Memandangkan hanya beberapa orang sahaja yang mengambil kursus sama dengannya dan mereka mahu mengambilnya sesi musim sejuk. Farhana, Nafisah, Sudin dan Manaf.

Elisa mengambil tempat dibarisan hadapan. Dewan mini itu semakin dipenuhi. Hanya 4 orang yang duduk sebaris dengannya. Kebanyakan mereka lebih suka duduk di tengah dan belakang dewan bahagian atas.

“You may begin now.” Arahan Pensyarah berketurunan india itu jelas.
Kertas berwarna biru dibuka satu persatu. Membaca sekali imbas setiap soalan. Kemudian kembali semula di muka pertama. Dengan lafaz bismillah dia memulakan.

Setelah puas beberapa kali membelek jawapan, kertas dihulurkan kepada pensyarah yang berdiri dekat dihadapannya. Kedengaran beberapa suara mengeluh berbunyi tidak dihiraukan.

‘Alhamdulillah, boleh balik rumah. Tidur.’ Senyumnya lalu menolak pintu dewan untuk keluar.

“What Elis! Dah sudah?” Suara kak Izzatun dimuka pintu mengejutkannya.

“Eh! Kak, akak ada  paper kat sini ke?” Setahu aku, kak izza dah lepas subjek ni.

“Oh.. hehe.. nak baiki grade. Jangan heboh-heboh tau akak repeat paper. Eh! Macam mana? Senang ke? Cepatnya Elis keluar.”

“Mana ada cepat kak.. boleh tahan susah jugak.”

“Cuba Elis tengok jam.”

‘errr… 20 minit lagi. Hehehe.. sengeh.’

“Eh! Bagi la hint.. apa yang keluar. Hint je.. jangan bagi soklan.”

“Semua formula yang Mrs Shan bagi keluar. Apply pada semua soalan.” Elisa ingin  membantu…

“Aaaa.. errrr ok ok.. terima kasih. Tu nak kemana tu? Bertapa lagi ke?”

“Balik la kak. Tidur!” Hehehe.. dah lali dah telinga ni dek sindiran.
Kak Izzatun mengangguk dan kelam kabut membuka beg sandangnya lalu mengeluarkan buku nota. Aik! Tak kan baru nak hafal?!!

“Ok kak goodluck. Saya balik dulu.”

“aa ok ok.”

Apa-apa pun singgah Perk baru jumpa pakcik John.
Elisa melangkah keluar dari pintu utama bangunan Bently melepaskan nafas lega seraya melangkahkan kaki menuju Court Street. Tanpa sedar dia diekori.

No comments:

Post a Comment

Dijemput untuk memberikan komen bagi penambahbaikan